Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Pepatah "Belajar dari pengalaman" bukan pepatah baru.. memang pandai orang-orang tua kita cipta pepatah, melalui penglihatan dan pengamatan sendiri, bukan sekadar rekaan.. Bukan kita yang dah dewasa atau akil baligh je yang belajar dari pengalaman, tapi baby pon sama.. jangan sesekali pandang rendah pada keupayaan dan daya pemikiran insan yang bergelar baby ni tau..
Al-kisahnya, Arasy pernah jatuh katil 18 Februari 2015, masa tu baru berusia 6 bulan setengah.. disebabkan kecuaian aku la tu, terlelap kat atas katil masa tengah golek-golek dengan dia, sedar-sedar je dia dah melepasi katil dan jatuh.. bunyi berdentum bila kepadala mengena lantai, satu rumah terkejut, terus si ayah menerpa masuk ke dalam bilik, satu rumah kecoh.. mujurla lepas jatuh tu Arasy nak menyusu macam biasa n terus tertidur.. kepala pon takde la benjol or bengkak.. sejak daripada tu, kalau letak dia atas katil, tak cukup dengan kubu bantal keliling walaupun tengah tidur, kena jugak lapik tilam kat tepi katil in case dia nak terjun lagi kan..
Nak dijadikan cerita, 10 hari kemudian (28 Februari 2015, Sabtu), letak dia yang tengah tidur tu atas katil sementara I settlekan laundry and kemas rumah. Si ayah ke pasar. Balik je dia dari pasar, suasana rumah mula la riuh rendah. teringat nak jenguk Arasy dalam bilik, kot-kot dah terjaga sebab bising. baru je nak jenguk ke dalam bilik, tengok si kecik tu dah meniarap nak keluar dari pintu bilik.. Ya Allah.. masa bila la pulak dia turun katil??? terkejut ummi, nak oiiii... ayah pon sama tak percaya.. pelik sbb tak dengar bunyi nangis or bunyi dentuman kalau kepala dia terhantuk ke lantai..
So we all test la, letak dia lagi sekali kat atas katil, tengok apa dia buat.. rupanya dia turun sendiri tadi, bukannya jatuh katil!!! dia mengesot sampai ke hujung katil, lepas tu dia berenti, renung ke bawah dan sekeliling, muka macam tengah berfikir, lepas tu dia hulurkan kaki dulu untuk turun.. tangan berpaut sekuat mungkin kat cadar, lepaskan pelan-pelan sampai kaki jejak tanah.. Ya Allah anakku, bijaknya awak.. belum lagi masuk 7 bulan.. tak sempat ummi nak ajar adik macam mana nak turun katil, adik dah belajar sendiri.. ni la namanya belajar melalui pengalaman, ye adik..
Syukur padaMu Ya Allah, kerana sentiasa melindungi anak-anakku daripada bahaya dunia, daripada kelalaianku, dan daripada gangguan syaitan..
Sayang Anak Ummi...