Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Entry kali ni nak share pasal majlis sambutan harijadi Ammar yg ke-2.. Memandangkan hari jadinya pada 15 Januari 2015 jatuh pada hari Khamis, jadi majlis sambutannya terpaksa dibawa ke weekend berikutnya iaitu hari Sabtu, 17 Januari 2015. Buat kat rumah je,. Senang.. Kebetulan unit apartment endlot, ada la ruang legar luas sikit kat koridor untuk letak meja dan kerusi kat situ.. Kerusi dan meja pinjam je persatuan blok punya.. hihihi.. nasib baikla org rumah aktif berpersatuan kat blok ni ha =)
Untuk persiapan majlis ni, sediakan dulu checklist birthday party:
1.
Tarikh, waktu dan lokasi
2.
Tema
3.
Kad jemputan, senarai nama tetamu
4.
Aktiviti permainan kanak2
5.
Pakaian Birthday Boy
6.
Topi birthday + mask
7.
Banner & belon
8.
Decoration
9. Makanan berat
10.
Minuman
11.
Candy buffet / dessert table
12.
Goodie bag
13.
Birthday Cake
14. Paper plate, cup, sudu garfu
14. Paper plate, cup, sudu garfu
Tarikh dan lokasi dah ditetapkan. Waktu pulak we all buat pukul 3-6 petang. Supaya tak terkejar-kejar dan masih ada masa buat persiapan last minit sebelah pagi tu. So memandangkan pukul 3 tu mungkin orang dah lunch, jadi menu yang ditetapkan untuk majlis ni ala-ala hi-tea je.. Nasi goreng, bihun goreng dan lauknya ayam masak merah, ayam goreng dan telur dadar.. Semua masak sendiri dengan air tangan ibu mertuaku, bibik dan my mama serta bibiknya dari Keramat (charted masak bihun). Menu tambahan lain / desert adalah kuih-muih tradisional seperti karipap, lepat labu dan kuih lopes buatan ibu mertuaku. Kuih moden pon ada. I tempah apam polkadot sebab Ammar memang penggemar apam. Lagi2 yang colourfull ni, mesti menarik minat budak-budak kan.. Tidak dilupakan jugak buah tembikai sebagai pencuci mulut.. standard la tu kan.. Minuman pulak ada air sirap sejuk dan air teh susu untuk yang nak minuman panas..
Ok, beralih kepada tema.. gedik sangat kan nak bertema-tema.. orang buat tema kita pon nak jugak!!! ambik.. saje suka-suka untuk budak-budak.. memandangkan Ammar minat betul dgn Spiderman dan Ultraman, so I decide tetapkan tema SUPERHERO ataupun MERAH untuk orang yang takde baju superhero tu.. tapi cari punya cari baju untuk birthday boy ni, last2 tak jumpa baju spiderman or ultraman yang sesuai.. yang ada banyak baju tidur je.. alahai takkanla birthday boy nak pakai baju tidur kan.. nasib baikla google punya google jumpa la baju costume Superman, siap ada sayap lagi.. not bad la.. ngam2 dengan saiz Ammar.. adik pulak pakai je baju yang ada gambar spiderman, baju Ammar masa baby dulu.. I dan ayahnya belasah baju merah yang dah ada je.. takde la nak melaram pon.. bersungguh sangat la pulak nanti kan..
Bab goodie bag pulak.. ni la bab yang paling mencabar.. kalau boleh tanak la bagi jajan dan cikedis yang tak sihat untuk budak-budak kan.. sebab kalau I pegi birthday party pon selalunya memang tu la yang tuan rumah sediakan.. dan I tak berapa nak bagi Ammar makan.. so setelah google punya google untuk dapatkan idea, akhirnya aku decide nak shopping kat Mr. DIY alat tulis yang comel-comel untuk budak2 ni.. macam gambar kat bawah ni.. lepas tu selit la jugak choco-oat kalau budak-budak nak makan pun makanan sihat la kan..

Untuk packaging pulak, datangla idea nak masukkan benda-benda ni dalam paper cup, lepas tu bungkus dengan plastik hamper. nak bagi cantik lagi, I print gambar Ammar atas kertas sticker dan tampal kat cup tu.. punya la gigih umminye, macam nk buat goodies untuk kenduri kawen Ammar pulak.. tapi idea nak balut dengan kertas hamper tu tak kesampaian sebab agak susah nak bungkus dan ikat sebab plastik tu tebal dan perlukan banyak.. so plan B, gunakan plastik Thank You je lepastu simpul dawai kat bahagian atas tu.. jadila hasilnya macam gambar kat bawah ni.. cute tak?
Kek pulak, I tempah khas kek lori transformers sebab Ammar memang suuuuuka sangat dengan lori.. kat rumah ni semua benda dia jadikan lori.. even seterika pon dia boleh sorong atas lantai dan cakap tu lori.. kreatif betul Ammar, sel-sel otak sedang berhubung ye nak... tak payahla ummi beli lori banyak-banyak.. tapi lain pulak jadinya.. disebabkan suka sangat lori, sampai Ammar tak tergamak nak potong kek lori tu.. pegang pisau pon tak sanggup.. nak tiup lilin pon tak berani.. rupanya anak ummi takut API!!! takpela nak.. lepas ni ummi cucuk lilin je, tak payah nyalakan.. kek ni tempah dengan kawan lama masa sekolah menengah dulu.. not bad la deco nya, cuma disebabkan ising krim, bukan fondant, so ada sikit kecacatan bila kek tu terkena dinding kotaknya.. bak kata mbah Ammar, lori Ammar accident.. huhu.. tp rasa keknya memang sedap, kek coklat moist.. memang Ammar suka.. kalau berminat dengan kek ni boleh intai sini.. insta: mnm.cupcake atau klik www.facebook.com/MnM.cupcake

Ni gambar sekitar birthday Ammar.. deco pon simple-simple je.. Uncle2 dia je tu yang buat ramai.. dan sepupu-sepupu kecik dia.. Ammar memang tak berapa nak sporting kalau disuruh pakai topi birthday dengan mask.. semuanya tanakkkkk.. tengok si adik yang didukung oleh pakde nye.. sporting je pakai topi, tak de pulak rimas nak cabut2.. adik memang cool je.. hihi..
Ohh.. sebenarnya ada jugak bercita-cita nak jemput clown.. dah survey-survey dah pon.. tapi memandangkan Ammar dan Arasy kecik lagi, rasa macam tak berbaloi nak panggil clown.. dorang pon belum faham lagi kalau clown tu buat magic ke, main game ke.. so tunggu la korang dah 4-5 tahun, bolehla ummi jemput clown.. sempatla ummi dan ayah nak menabung dari sekarang.. hahaha.. kalau uolls nak tempah clown I ada contact number dorang.. boleh try roger Clown Labu 012-3762002 atau Fino Clown 0192379897. Dua2 ni company lain2.. boleh compare la harga dorang..
Ok, nak share jugak respon dari mak-mak yang dah bukak goodies tu.. anak-anak dorang memang excited sangat dapat pensil comel macam ulat tu dengan pembaris yang ada banyak bentuk.. so masing-masing dengan khusyuknya mula melukis ikut bentuk kat pembaris tu.. siap sampai terangkat-angkat kaki lagi.. u all suka, aunty laaaagi suka.. puas hati =)
![]() |
| Hadiah birthday Ammar.. |
![]() |
| Senyuman birthday boy |








No comments:
Post a Comment